Khamis, 10 Oktober 2013

WARNA-WARNA RAHSIA

Pengaruh warna amat penting dalam memberikan mood dan keceriaan. Pastikan anda memilih warna yang sesuai dan dapat menampilkan wajah ceria.


MERAH
Warna ini melambangkan agresif, berkeyakinan dan berani. Anda akan kelihatan ceria. Tetapi awas! Warna ini juga boleh mempengaruhi 'mood'  anda menjadi cepat marah.


JINGGA
Pakailah pakaian warna ini ketika anda perlu menyelesaikan beberapa tugas penting. Warna ini dapat melahirkan 'mood' yang ceria dan bertenaga. Ia juga bakal menjadikan anda tenang dan senang walau tugas yang diserahkan agak berat.

HITAM
Sofistikated dan kuat. Ia memberi impak yang kuat kepada penampilan. Lebih hebat jika ia digandingkan dengan warna merah.

MERAH JAMBU
Lembut dan feminin. Sesuai dipilih untuk majlis-majlis yang rilek dan tidak rasmi.

KUNING
Hangat dan optimis. Cantik dan berseri tetapi warna ini lebih sesuai untuk majlis perkahwinan.

UNGU
Misteri dan menjadi pilihan insan kreatif. Ia tetap mampu memberikan seri kepada pemakainya. Tetapo berhati-hati kerana bukan semua orang nampak berseri dengan warna ini.

HIJAU
Rilek dan mendamaikan. Jika anda dalam keadaan 'stress', pilihan warna ini dapat menjadi penawar. Pilihlah warna ini apabila anda ingin meringankan bebanan.

BIRU
Sejuk, bersih dan tenang. Warna biru adalah warna paling sesuai untuk mengurangkan ketegangan dan kesibukan hari anda.

PUTIH
Suci, segar dan bersih. Pilihlah warna ini jika anda mahukan perhatian dan berimej progresif.




Rabu, 9 Oktober 2013

BERKASIH SAYANG MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W



  • Tidur satu selimut bersama isteri
  • Memakai wangi-wangian
  •  Mandi bersama isteri
  • Menyikat rambut suami
  • Membantu isteri di dapur
  • Minum bergantian pada tempat yang sama
  • Membelai isteri
  • Tidur dipangkuan isteri
  • Memanggil dengan kata-kata mesra
  • Berjalan berpegangan tangan 

pakailah wangian SCARF Perfume..


Kak Long doakan anda menjadi pasangan bahagia seperti pengantin baru sehingga akhir hayat.. Amin...


 

Rabu, 11 September 2013

FRESH & LIGHT


Ada masanya kita terlupa diri dalam kesibukan harian. SCARF Perfume Fresh & Light sesuai untuk mood yang lebih ringan dan nikmatilah kesempurnaan dalam hidup anda.




SCARF Perfume Fresh & Light: Menyegarkan ruang anda, berehat untuk masa ini dan menikmati kegembiraan mengelilingi anda dengan wangian ini yang segar dan nyaman. Hujung minggu yang santai jauh dinikmati dalam aroma aman. Bebaskan diri daripada kerisauan harian dan beri ruang yang terbaik kepada hidup anda.

ACTIVE & EXOTIC



Wanita ibarat kuntuman bunga ros yang segar dan mekar mewangi di taman. Bayangkan jika bunga Ros itu tanpa harumnya di sebuah taman. Ia hanya sekadar bunga.





SCARF Perfume Active & Exotic: Wangian yang menonjolkan ciri-ciri kewanitaan dan manis. Aroma erotik dengan cinta, kasih sayang dan semangat, ia sesuai untuk masa yang romantis atau untuk menarik perhatian kepada kecantikan anda.

ELEGANT & LUXURY


Bagai kenangan bersama ibu bapa di kampung halaman, haruman wangian SCARF Perfume Elegant & Luxury yang unik tidak akan hilang dari ingatan.

Haruman ini merupakan satu aroma yang memaparkan imej wanita berdikari daripada hari ini, iaitu tabah, menawan, anggun dan mewah. Sesuai untuk majlis formal, mesyuarat atau makan malam. Jadikan diri anda cemerlang dan diingati sebagai seorang wanita yang penuh keyakinan dalam kehidupan dan kerjaya.


NATURE & OUTDOOR





Kejelitaan dan kecantikan seseorang wanita itu bukan sahaja diukur dan dinilai secara luaran. Jika dalaman bersih, ia akan terserlah di wajah dan pernampilan seseorang wanita itu yang sentiasa segar dan tersenyum.

Nature & Outdoor, aroma yang lebih kepada keindahan alam semula jadi. Bersihkan jiwa dan 'connect' kepada Dia yang mahakuasa. SCARF Perfume adalah bebas daripada alkohol dan boleh diguna untuk solat.

SMART & CASUAL


Jom makan, minum, borak dan bersantai bersama kawan. SCARF Perfume Smart & Casual sesuai untuk hiaskan diri dengan jelita sebelum setiap perjumpaan.


SCARF Perfume Smart & Casual: Untuk masa sekarang, sejenak, kegunaan harian atau, satu aroma mesra khas “helo” yang sentiasa menambah senyuman kepada kawan-kawan anda, suasana kerja atau kenalan baru. Menjadi pintar dan kasual untuk sebarang aktiviti, dengan kegembiraan dan nikmat hidup.