Khamis, 10 Oktober 2013

WARNA-WARNA RAHSIA

Pengaruh warna amat penting dalam memberikan mood dan keceriaan. Pastikan anda memilih warna yang sesuai dan dapat menampilkan wajah ceria.


MERAH
Warna ini melambangkan agresif, berkeyakinan dan berani. Anda akan kelihatan ceria. Tetapi awas! Warna ini juga boleh mempengaruhi 'mood'  anda menjadi cepat marah.


JINGGA
Pakailah pakaian warna ini ketika anda perlu menyelesaikan beberapa tugas penting. Warna ini dapat melahirkan 'mood' yang ceria dan bertenaga. Ia juga bakal menjadikan anda tenang dan senang walau tugas yang diserahkan agak berat.

HITAM
Sofistikated dan kuat. Ia memberi impak yang kuat kepada penampilan. Lebih hebat jika ia digandingkan dengan warna merah.

MERAH JAMBU
Lembut dan feminin. Sesuai dipilih untuk majlis-majlis yang rilek dan tidak rasmi.

KUNING
Hangat dan optimis. Cantik dan berseri tetapi warna ini lebih sesuai untuk majlis perkahwinan.

UNGU
Misteri dan menjadi pilihan insan kreatif. Ia tetap mampu memberikan seri kepada pemakainya. Tetapo berhati-hati kerana bukan semua orang nampak berseri dengan warna ini.

HIJAU
Rilek dan mendamaikan. Jika anda dalam keadaan 'stress', pilihan warna ini dapat menjadi penawar. Pilihlah warna ini apabila anda ingin meringankan bebanan.

BIRU
Sejuk, bersih dan tenang. Warna biru adalah warna paling sesuai untuk mengurangkan ketegangan dan kesibukan hari anda.

PUTIH
Suci, segar dan bersih. Pilihlah warna ini jika anda mahukan perhatian dan berimej progresif.




Tiada ulasan: